Kayuhan Basikal Gunung atau Basikal Lasak adalah merupakan aktiviti basikal lasak yang semakin mendapat tempat di kalangan
peminat sukan berbasikal di Malaysia. Oleh kerana itu, Persatuan Berbasikal
Pahang telah merancang untuk melaksanakan Kuala Gandah MTB Challenge pada tahun
ini dengan kerjasama daripada Tourism Malaysia Negeri Pahang, Koperasi Sukan
Makmur Temerloh Berhad dan Syarikat Nine Speed Adventure Trading. Tujuan acara
ini diadakan ialah untuk mengumpul peminat basikal di seluruh Negara berkumpul dan menjelajahi Daerah Temerloh
khususnya Kuala Gandah, Lanchang yang terkenal dengan tempat pelancongan
seperti Kuala Gandah Elephant Sanctuary dan Deerland Kuala Gandah, selain
memperkenalkan produk-produk Negeri Pahang. Kuala Gandah Mountain Bike Challenge
2012 ini amat memberikan penekanan dari aspek kesihatan dan kecerdasan diri, di
samping menggalakkan lagi industri pelancongan khusus di Negeri Pahang.
Kertas kerja ini memberi fokus kepada jenis perlumbaan atau cabaran
kayuhan lasak dan kayuhan santai atau “Fun Ride” yang akan menggunakan
laluan/trek di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang yang mana bakal digunakan untuk
acara berbasikal pada Kejohanan SUKMA Pahang XV pada bulan Julai 2012 nanti.
Bentuk mukabumi semulajadi di dalam laluan denai belukar dan laluan berbukit
adalah antara cabaran yang menanti para peserta dalam aktiviti ini. Bagi
peminat-peminat aktiviti ini, perlumbaan sebegini adalah kemuncak aktiviti Jamboree
yang mana ianya akan menguji tahap kecergasan dan kemahiran berbasikal lasak seseorang
peserta.
Selain itu, acara
ini bukan sahaja untuk perlumbaan malahan ia lebih bersifat eco-tourism. Selain
peserta menyertai perlumbaan basikal mereka juga dapat menikmati keindahan alam
sekitar yang bersih di samping dapat menghabiskan masa bersama keluarga dengan
melawati tempat pelancongan seperti Elephant Sanctuary dan Deerland. Di situ mereka boleh
mandi bersama gajah dan dapat melihat kehidupan sebenar hidupan liar tersebut.
Justeru itu, dengan adanya acara sebegini akan terus meningkatkan lagi
sukan berprestij ini dan seterusnya menggalakkan lagi sektor pelancongan
khususnya di Negeri Pahang.
TARIKH
: 16-17 JUN 2012
TEMPAT
: TREK KUALA GANDAH, LANCHANG, PHG
JUMLAH PENYERTAAN : 500 PESERTA
YURAN PENYERTAAN RM40.00 / KATEGORI
HADIAH UNTUK DIMENANGI….!!!
BIL. |
KATEGORI |
JOHAN |
N/JOHAN |
KE-3 |
KE-4 |
KE-5 |
RM
|
RM
|
RM
|
RM
|
RM
|
||
1
|
MTB XCO LELAKI
KATEGORI
SUKMA
(21
THN KEBWH )
|
500
|
300
|
200
|
100
|
50
|
2
|
MTB XCO LELAKI
ELIT
|
800
|
600
|
400
|
300
|
200
|
3
|
MTB
XCO LELAKI VETERAN
(40
THN KE ATAS)
|
500
|
300
|
200
|
100
|
50
|
4
|
MTB XCO WANITA
|
500
|
300
|
200
|
100
|
50
|
5
|
MTB D/HILL LELAKI KATEGORI SUKMA (
21 THN KE BWH)
|
500
|
300
|
200
|
100
|
50
|
6
|
MTB
D/HILL LELAKI ELIT
|
600
|
400
|
300
|
200
|
100
|
7
|
MTB D/HILL WANITA TERBUKA
|
500
|
300
|
200
|
100
|
50
|
SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI:-
WAK - 019-923 6217 atau email wak9speed@yahoo.com
INA - 013-255 9015 atau email snowcute_605@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan